Monday, 18 March 2013

ReSePi Es CreM MUdah SaNgAt2...

assalamualaikum...... ari ni keje x bape bz sgt..so..dengan xku perasan...diriku teringin nak mam es crem.. tp badan maseh dlm pantang lg...xbley mam bende2 sejuk..hmm..wuteva...yg pntg aku nak share recipe buat es crem paling mudah..laki aku ckp sedap..mcm org jual..xmau ckp lebey2..try je buat ni yea....recipe ni aku ambek dlm myresepi....tq tuan punye resepi...anda sgt comel...

es crem nieza mucuk2..

Bahan2 die..

         i.             Telur 1 bijik
       ii.            Ovalette 1 sudu (color kuning)..xbubuh pun xpe KOT…. Tp xtaulah jd ke x..hehehe
      iii.            ½ tin susu pekat (krimer manis tu)…
     iv.            Air suam (sukat air ala2 sebesar tin susu td..nak 1 tin sahaja…jgn terlebeh air..nnt cair sgt…)
       v.            Serbuk coco ( 1 botol yg kecek tu)
     vi.            Sikit Esen vanilla (sukat pakai penutup die..) 

Cara-cara buat …

1.       Blend telur, ovalette , susu , air suam, esen vanilla td sampi jd likat,pekat…. Blend bc bismillah yea…(blend pki blend biase2..pastikan xpedas yea..puan2..)
2.       Tuang bhn blend td dlm bekas mixer dan masukkan serbuk coco td…masuk sikit2..nnt mercik pulak…..abeskan 1 botol serbuk td…mix sampai nmpk lembut…lawa…sebati..
3.       Dah siap..tuang dlm bekas n tutupkan…pastu bleylah bekukan…. Tgu smpi 2-3 jam dah nmpk hasilnya..nak lg elok, bekukan semalaman…n bleylah makan dengan senyum..
4.       Kompem akan cakap…sebijik mcm kat kedai…..
5.       Tq…slmt mencuba….


                                                    bahan2 nak buat es crem paling mudah

ni dia es crem nye.....sedap sehhhh

Wednesday, 13 March 2013

SuSu Ibu Paling Bez ~~

rezki nur hana humaira

hasil jam 11.00 pagi tadi...hana minum tenyang2 tau..ikhlas untuk hana..

MANFAAT SUSU IBU :

1) Penyusuan ibu dapat membantu ekonomi keluarga kerana tidak perlu membeli susu formula yang mahal harganya... (hmmm...anak dara saye kategori nak susu mahal gak..cam ner tu)...

2) Ia juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan si ibu tidak perlu mengambil cuti kecemasan dengan kerap kerana si anak berada dalam keadaan sihat.

3) Perkembangan otak baby...

4) baby cantik n sehat...

5)  ibu pun bley slim....hihi...ade org kate klu bg ikut jadual yg betol..bley dijadikan sebagai pil perancang semula jadi utk ibu...

6) baby x cirit2...

banyak lagi malas nak taip..hahahahha

paling bez.... anak akan rapat ngan ibunye...

love u nur hana humaira binti azhar...muahh muah muah muahh .. Sekian Terima Kasih...

Tuesday, 12 March 2013

enybeseri kami laki bini~~~

"selamat ulang perkahwinan kite abg yg ke 2 tahun " ... muahhhhh ...... last2 xde respon...
sedey kan...tok laki kite diam gitu jea...rupe2 nye x igt...BAPOK SEDEY WEYH....

nilah yg dikatekan..baru anak sorg dah lupe..nak kate urat putus..aku yg putusnye...teran hana bagai nak mati rase...

xpelah...kene redha jelah ye pn. noor aniza...

papepun.............

dah 2 tahun pernikahan kite syg...semoga pernikahan kita ini disulami cinta, rindu, sayang dan tawa... syg cinta abg sepenuh ati syg...wpun kdg kala keperitan, kesusahan, kesedihan dtg menyinggah di ruang istana syurga kita...kita masih kekal bersama..syg doakan hubungan suci ini kekal hingga ke syurga dan syglah bidadari dan abglah bidadara di syurga kelak nanti...amin

simple but sweet..khas utk suami tercinta .. muahhhh

kerana cinta kita adalah untukNYA... love love love

PuRpLe PunYe BezDay (05 Mac 1986)

"HePy BezdaY to Me, SelamAt Ari Jadi, Allah Selamat kan Aku..."~~~~

Baru nak share setelah sekian lame aku x layan blog memblog ni...
Sangat2 suka ati lorr dpt adiah dr kekasih atiku a.k.a en.suami nie...senyum jea...romantika pulak laki aku ni..

igt x pandai nak anta2 bunga bagai kat aku...hehuhue...

aku x arap sikit pun dpt adiah sebenarnye..jnji die igt tarikh keramat aku ni hah...pompuan ni...klu suami or org tersyg lupe benda laen xpe..JANGAN lupe tarikh lahir kite..mmg terase tahap gaban lah aku cakap same ko....x caye.. test lah..hahhaha

so...diketotkan citenye..selamat ari lahir untuk aku..yg ke 27 tahun...aku harap sgt aku dpt jadi isteri solehah untuk suami ku, ibu mithali untuk anakku dan anak solehah untuk ibu dan arwah ayah ku...AMIN...

adiah ni akan ku simpan sampai aku tua...terima kasih abam cayam muahhhhhhh..cinta abg rapat2..syg abg ketat2..

**sangat2 teringin cik abang ku maen gitar lagu Hepy Bezday kat aku**




                                               ni adiahnye ~~~ akan ku simpan sampai tua~~~

Tuesday, 5 March 2013

Suara HaTi SeoRanG Isteri ~~~

Suamiku…,

Kadangkala mungkin tergambar di benak fikiranmu, bahawa engkau telah salah ketika memilih diriku menjadi pasanganmu. Adakala ia mengganggu dalam pergaulan sehari-harimu denganku, terkadang aku takut perasaan cintamu berubah menjadi benci, limpahan kasih sayangmu menjelma menjadi kemarahan, dan ketenangan pun berubah menjadi ketegangan.

Suamiku…,

Di saat engkau masih sibuk dengan pekerjaan yang tidak kunjung selesai, tidak jarang aku kau abaikan. Waktu di rumah pun begitu, tetapi aku cuba untuk ikhlaskan demi masa depanmu. Bukankah engkau tahu aku pun perlukan perhatian darimu. Terkadang aku curi perhatian mu itu, namun terlihat salah pada pandanganmu. Jika itu terlihat salah, semoga engkau dapat melihat kebaikanku yang lain.


 
Bukankah Allah swt yang mempertemukan dan menyatukan hati kita telah berpesan,“Dan pergaulilah mereka (isterimu) dengan baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (QS An Nisa': 19)

 
Rasulullah saw yang kita cintai juga berpesan,“Sempurnanya iman seseorang mukmin adalah mereka yang baik akhlaknya, dan yang terbaik (pergaulannya) dengan isteri-isteri mereka.” (Muslim).  Jika engkau melihat kekurangan pada diriku, ingatlah kembali pesan Baginda saw. Jangan rasa benci seorang suami pada isterinya di atas sesuatu kelakuan menutup kebaikan lain yang dilakukan si isteri.
 
Suamiku…,

Sedarkah engkau bahawa tiada manusia di dunia ini yang sempurna segalanya? Bukankah engkau tahu bahawa hanya Allah yang Maha Sempurna. Tidaklah patut jika kau hanya menghitung-hitung kekurangan pasangan hidupmu, sedangkan engkau sendiri tidak pernah sekalipun menghitung kekurangan dan kesalahanmu. Janganlah engkau selalu mencari-cari kesalahanku, padahal aku telah taat kepadamu.
 
Suamiku…,

Selepas kita di ikat dalam sebuah pernikahan, aku rela pergi bersama dirimu, ku tinggalkan ibubapa dan sanak saudaraku, ku ingin engkaulah yang mengisi kekosongan hatiku. Naungilah diriku dengan kasih sayang, dan senyuman darimu. Ku ingat pula saat aku ragu-ragu memilih siapa pendampingku, ketakwaan yang terlihat dalam kesehari-harianmu jualah yang mempesona diriku.



Bukankah sahabat Rasulullah saw, Syaidina Ali bin Abi Talib kwh saat ditanya oleh seseorang, “Sesungguhnya aku mempunyai seorang anak perempuan, dengan siapakah sepatutnya aku nikahkan dia?” Syaidina Ali kwh pun menjawab,“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, sebab jika lelaki itu mencintainya, maka dia akan memuliakannya, dan jika ia tidak menyukainya maka dia tidak akan menzaliminya.” Aku berharap engkaulah lelaki itu, wahai suamiku.



Ketika terjadi kesalahan yang tidak sengaja aku lakukan, mungkin saat itu engkau mendambakan diriku sebagai isteri tanpa kekurangan dan kelemahan. Sedarlah, sesungguhnya ego telah menguasai dirimu. Perbaikilah kekurangan diriku dengan lemah lembut, janganlah kasar terhadapku. Bukankah Rasulullah saw telah mengajarkan kepada dirimu, saat Muawiah bin Ubaidah ra bertanya kepada Baginda saw tentang tanggungjawab suami terhadap isteri, Baginda saw pun menjawab,“Dia memberinya makan ketika ia makan, dan memberinya pakaian ketika dia berpakaian.” Janganlah engkau keras terhadapku, kerana Rasulullah saw pun tidak pernah berbuat kasar terhadap isteri-isteri Baginda saw.
 
Suamiku…,

Tahukah engkau anugerah yang akan engkau terima dari Allah di Akhirat kelak? Tahukah engkau pula balasan yang akan dianugerahkan kepada suami-suami yang berlaku baik terhadap isteri-isteri mereka? Renungkanlah bahawa, “Mereka yang berlaku adil, kelak di Hari Kiamat akan bertahta di singgahsana yang dibuat dari cahaya. Mereka adalah orang yang berlaku adil ketika menghukum, dan adil terhadap isteri-isteri mereka serta orang-orang yang menjadi tanggungjawabnya.” ( Muslim). 

 
Ku doakan agar engkaulah yang kelak salah seorang yang akan mendiami singgasana tersebut, dan aku adalah permaisuri di istanamu.

 
Jika engkau ada waktu, ajarkanlah diriku dengan ilmu yang telah Allah berikan kepadamu. Apabila engkau sibuk, maka izinkanlah aku menuntut ilmu. Namun, sekali-kali tidak akan aku lupakan tanggungjawabku, sehingga kelak diriku dapat menjadi sekolah buat putera-puteri kita. Bukankah seorang ibu adalah madrasah ilmu pertama buat putera-puterinya? Semoga engkau selalu mendampingiku dalam mendidik putera-puteri kita dan bertakwa kepada Allah swt…



Ya Allah…,

Engkau jua saksi ikatan hati ini… Aku telah jatuh cinta kepada lelaki pasangan hidup ku ini. Jadikanlah cinta ku pada suamiku ini sebagai penambah kekuatan ku untuk mencintai Mu. Namun, ku mohon juga, jagalah cintaku ini agar tidak melebihi cintaku kepada Mu, sehingga aku tidak terjatuh pada jurang cinta yang melalaikan, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada Mu. Jika suamiku rindu, jadikanlah rindu syahid di jalan Mu lebih dia rindukan daripada kerinduannya terhadapku, jadikan pula kerinduan terhadapku tidak melupakan kerinduannya terhadap syurga Mu. Bila cintaku pada suamiku telah mengalahkan cintaku kepada Mu, ingatkanlah diriku, jangan Engkau biarkan aku tertatih kemudian tergapai-gapai merengkuh cinta Mu.



Ya Allah…,

Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada Mu, telah berjumpa pada taat pada Mu, telah bersatu dalam dakwah pada Mu, telah bersatu dalam membela syariat Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada Mu dan keindahan bertawakal di jalan Mu…Amin ya rabbal alamin
 
 
back to top